Saya ibu bekerja...macamana saya nk berbisnes di samping bekerja dan menguruskan keluarga sendiri. Semua jd nyata dan mudah bila kita jadualkan semua mengikut perancangan teratur dan disiplin masa.
Ramai ibu mempunyai masalah untuk membahagikan masa bersama anak, suami, kerja dan hidup. Baiklah, apa kata kali ni kita ubah sikit rutin harian kita.. Hari ni saya kongsikan 4 tip besar..
TIP 1 BAHAGI MASA : KERJA DOMESTIK / HARIAN
@ Kemas 1 bilik/ruang mengikut hari.. (atur jadual ikut keselesaan anda), Jika anak-anak sudah besar, minta mereka bekerjasama.. anak lelaki berilah kerja yang lebih besar dan anak perempuan yang lebih ringan
@ Masak simple dan tidak membazir, tetapi berkhasiat.. bantu anda menjimatkan masa dan tenaga.Beli stok dapur seminggu.
@ Kemaskan tempat yang berselerak dahulu, jangan biarkan, mana barang yang tidak perlu terus sahaja buang, jangan simpan lagi.. boleh juga kitar semula atau berikan kepada yang memerlukan. lebih baik daripada terus menyemak dirumah.
TIP 2 BAHAGI MASA : KERJAYA
Macam biasa opis hour 8.30 a.m till 5.30 p.m.
Fully utilize the office hour period supaya keje x yah bwk blk umh .
TIP 3 BAHAGI MASA : BERSAMA KELUARGA
@ TIP ERAT KASIH SAYANG KELUARGA
Pastikan kerja tidak mengambil alih hidup anda
Tetapkan masa kerja, seboleh-bolehnya elakkan dari membawa pulang kerja ke rumah. Pastikan masa hujung minggu diguna sepenuhnya bersama keluarga anda atau jika anda terlalu sibuk, peruntukkan masa seperti tengah malam untuk menyiapkan kerja tersebut.
ingat yea, kerja untuk hidup, bukan hidup untuk kerja.. besar perbezaannya tu..
@ TIP ERAT KASIH SAYANG KELUARGA
Pastikan satu hari dalam seminggu adalah hari cuti anda
Jauhkan kerja pada hari itu, jauhkan panggilan telefon tidak penting. Bawalah keluarga berehat, atau boleh sahaja melayan keluarga dirumah. Apa yang penting untuk anda adalah berehat pada hari tersebut. Mungkin layan anak bermain congkak atau bermain badminton. :D atau layan ais krim di taman bersama keluarga, seronok kan?
@ TIP ERAT KASIH SAYANG KELUARGA
Luangkan masa pada waktu pagi / petang bersama
Jika anda bekerja sendiri / bekerja dari rumah, anda cuba peruntukan beberapa jam pada awal pagi / petang bersama anak-anak atau bersenam. Bantu siapkan kerja rumah atau uruskan anak anda pada waktu itu. Jadi selepas tengahari, anda dapat fokus pada kerja anda.
Jika rutin sudah diatur sebaiknya, saya percaya anak-anak akan faham dan biasanya selepas tengahari bagi kanak-kanak adalah waktu tidur. jadi anda punya masa lebih untuk urusan kerja anda pada waktu tersebut.
TIP 4 BAHAGI MASA : BISNES
Update fb bila free. Semua di hujung jari. Xyah bkk labtop asal kita ada connection to internet. So x der alasan kn.
#tsunamishaklee
#sindiketsukses
#sihatcomeysokmo
#10wave
~ zaleza - 0136841620 ~
- Home
- About Me
- FAQ Products
- Order Online
- Product Price
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment