Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday, June 11, 2018

Pengalaman Melahirkan Puteri Ke 3 Kami...

Assalamualaikum wrt,

Salam Ramadhan di hari yang ke 26. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan RahmatNya kita masih diberikan kesihatan untuk meneruskan ibadat dengan lancar dan tenang. apa khabar anda semua? semoga Allah sentiasa merahmati dan kita dalam lindungan serta kasih sayang dariNya. Banyakkan berdoa dan memohon keampunan pada waktu-waktu terakhir Ramadhan ini.

Rasanya agak lama saya tidak mencoretkan kisah-kisah saya dan keluarga dalam blog ni. Dah makin bersawang dah blog ni. Semoga selepas ni saya lebih istiqamah berkongsi pengalaman dan tips kesihatan buat semua pembaca budiman sekalian.

Owh ya. Tujuan entri ni dicoret adalah untuk saya kongsikan pengalaman bersalin puteri ke 3 saya . Tanggal 25 May 2018, bersamaan 9 Ramadhan 1439 Hijrah , tepat jam 8.20 pagi Jumaat,  saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.015kg pada minggu ke 35. Alhamdulillah sangat mudah dan cepat bila mana saya kembali mengenangkan momen indah itu.

Pengalaman yang tidak dapat kita beli dan sesungguhnya akan terpaku dalam ingatan buat insan yang bergelar ibu seperti saya. saya dimasukkan ke wad sehari sebelum bersalin, petang khamis kerana air ketuban sudah pecah, tapi belum rase apa-apa kesakitan, petang tu saya masih sempat berbuka puasa di hospital bersama suami tersayang. Syukur Alhamdulillah suami masih ada di sisi saat saya nak bersalin, terima kasih kerana sentiasa menemani saya.

Tepat jam 12.30 tengah malam, saya mula rasa contraction yang main-main. Kemudian sejam sekali contraction berulang  sehingga jam 4 pagi. Dah terdetik dalam fikiran saya yang saya akan bersalin pagi esok. Saya bersahur seperti biasa jam 5 pagi dengan rasa contraction yang kian kerap setengah jam sekali. Saya bancuh ESP dan saya telan Ostematrix .

Esok mane tau saya masih diizinkan untuk terus berpuasa. Roti ,kurma air masak saya telan dengan perasaan bercampur baur, sakit dan berdebar. Nurse masuk ke bilik untuk check BP dan denyutan bayi. Semuanya OK.

Saya ada bagitau yang contraction makin kerap setengah jam sekali. Nurse senyum, katanya belum masa lagi tu. so saya pon tenangkan diri dan cuba berzikir dan istighfar sebanyak mungkin. Sesekali wassap dengan suami, suami kata maybe dah tak lama, dia berusaha tenangkan saya, so saya kembali tenang sambil menahan contraction hingga ke subuh. Just imagine, the power mindset, bila kita set calm, kita akan jadi tenang.

Selesai solat subuh, saya cuba untuk lelapkan mata. Tapi macam tak berjaya. saya berjalan mundar mandir dalam bilik, menenangkan diri dan bercakap dengan baby, dengan cara ni saya jadi tenang.
Jam 7.30 Pagi, doktor yang bertugas check saya , maybe doktor praktikan, muda lagi, macam baru lepas habis belajar, wangi lagi bau perfume yang dipakai, tanye saya sebab apa warded,. Saya cakap sebab semalam air ketuban saya dah leaking.

So memang tugas doktor tulis history and details pesakit yang baru masuk, so saya ceritakan dan bagi info yang diperlukan, walaupun sesekali sakit tu datang dan pergi. Lepas tu datang jam 7.45 makanan pagi pon sampai, saya cakap kat nurse saya masih berpuasa, tapi makanan pagi tu bolehlah simpan dalam tupperware saya, kot2  lah lepeas ni saya bersalin, boleh saya makan jer. Hehe..sempat lagi planning.

Jam di dinding tepat menunjukkan jam 8 pagi, 5 minit sekali rase contraction datang , saya panggil nurse untuk check jalan, muka dan berkerut dan merah padan. Saya cakap kat doktor yang masuk bilik tadi saya tak tahan dah, rase baby nak keluar dah. Dah fullterm, patutla rase nak teran jer. Keadaan agak cemas, dengan sepantas kilat nurse bergegas ambil katil beroda dan pindahkan saya ke tingkat 6. Nasib baik suami masih menunngu di luar wad, saya rasa macam naik kete lumba dan dipandu laju di litar Sepang.

Smpai di dewan bersalin terus saya teran, sekali push baby saya selamat lahir ke dunia. ALHAMDULILLAH....Terima kasih suami dan keluarga yang mendoakan . Kini status ibu beranak 3 bertukar kepada ibu  beranak 4 , 1 putera, 3 puteri. Terima kasih Ya Allah atas nikmat rezeki yang tidak terhingga.

Ini adalah pengalaman ke 3 melahirkan bayi dengan supplemen Shaklee, bermula anak ke 2. Tiba waktu contraction muncul, saya akan segera bancuh 3 sudu ESP dengan air suam, dan telan  4 biji Ostematrix sebagai energy booster saya. Alhamdulilllah, ianya berhasil dengan izin Allah swt. kita ikhtiar, in Shaa Allah. apa yang saya dapat dengan supplemen berpantang shaklee? Of course tenaga saya maintain dan susu badan meriah, jadi baby cepat kenyang...syukur ...

Semoga kawan-kawan diluar sana yang menunggu kelahiran selamat melahirkan zuriat masing-masing, dan berhajat berpantang dan mencuba supplemen shaklee, jangan segan jangan malu , boleh direct contact saya @ 013-6841620 @ email zalezamamat@gmail.com.

 Ainul Mardiah Binti Halmi ...Assalamualaikum everyone



Set berpantang Shaklee yang Awesome, saya bagi 5 bintang

Untuk info promosi produk Skincare Youth boleh klik pautan ini -----> Youth Skincare

Sekian dulu.Jumpa lg next entry ye..! bye2..

No comments:

Post a Comment