Assalamualaikim wrt.......
Salam hari Sabtu, salam 1 Malaysia buat semua yang mengikuti blog saya. Alhamdulillah kita masih diberi kesihatan dan kesempatan untuk terus bernafas dan beribadat di muka bumi Allah swt. Semoga setiap apa yang kita lakukan niat ikhlas kepadaNya dan diganjarkan dengan pahala. In shaa Allah.
Alhamdulillah, hari ini saya amat berbesar hati kerana berpeluang berjumpa team hebat pantai timur dalam program Jom Hebat Pantai Timur 1 ( JHPT1). Program ini yang mengumpulkan Shaklee Independent Distributor (SID) dari segenap pantai timur bagi sesi 2018 bermotifkan bagaimana hala tuju kita dalam mewarisi empayar bisnes kepada anak-anak kita dan generasi akan datang. Sangat dalam maksudnya, sungguh membuka minda dan amat terinspirasi dengan ucapan dan penyampaian Master Lyna Noh dan Master Zainul.
Saya sesungguhnya amat teruja dengan peluang yang sangat banyak shaklee berikan kepada mereka yang berlapang dada mencari peluang untuk berjaya. Bayangkan, bukan sahaja untung runcit yang kita dapat, shaklee amat bermurah hati menghadiahkan cash bonus, free trip, car bonus malahan trip ke europe..free ticket untuk umrah.😍😍😍😍😍. Jika difikirkan , berapa lama yang saya perlu kumpulkan jika menyimpan sendiri melalui gaji bulanan saya?🤔. Malahan cash bonus yang shaklee tawarkan adalah infiniti. Best ke tak best. ?
Apa yang perlu kami lakukan jika ingin merealisasikan impian menuju Master Coordinator. Tiada lain, melainkan 3 percara asas 3S, sharing, sponsoring dan servicing. 3 perkara ini adalah core atau asas kepada tunjang kejayaan bisnes individu.
Dalam program hari ini juga, kami dikenakan menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman kami dalam kemahiran asas pengiraan bonus. Seronok dan amat memberi pemahaman dalam sesi perbincangan. So bila adanya aktiviti 2 hala, kami dapat mengenalpasti apa uang kurang jelas dan bertanyakan secara terus kepada master lyna.
Sesi petang pula, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti dalam kumpulan. Sangat best sebab kami dapat berkenalan antara satu sama lain, brainstorming tentang beberapa isu yang perlu dikupas dan melatih presentation skill.
Apa yang jelas, dalam menuntut ilmu, walau sejauh mana kita perlu bertapak, luangkan lah masa, sesungguhnya ilmu ini amat berharga, malah lebih daripada emas disebabkan keikhalasan kita dan mentor dalam belajar dan mengajar amat memberi manfaat untuk kami sama2 memanfaatkannya dalam meneraju bisnes.


No comments:
Post a Comment