Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday, June 12, 2018

Tips langkah keselamatan sebelum pulang berhari raya di kampung halaman..

Selamat petang dan selamat berpuasa semua...
Apa khabar arini? Dah khatam 30 juzuk al-Quran?Alhamdulillah..semoga semua ibadat dan usaha kita sepanjang Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT. Amin..

Kawan2 semua dah start cuti raya ke? Mana-mana yang masih bekerja, kekalkan mood dan momentum bekerja sebelum bercuti panjang yer. Siapkan semua kerja supaya kerja kita tak tertangguh dan settle pada waktunya, nanti bos pon makin sayang....tak gitew.
    
Macam mana dengan persiapan raya? Dah settle ke belom? Kasut raya, kuih raya, langsir raya , vitamin raya dah ready? Raya pon raya juga, kesihatan dan keselamatan keluarga jangan la kita abaikan. Betul tak? Nake beraya di kampung halaman, kita mesti buat persiapan rapi sebelum memulakan perjalanan. Ambil langkah bijak agar perjalanan dan keselamatan tempat tinggal kita terjaga rapi.

Apa yang kita nak bersiap sedia ni? 

1. Packing awal barang-barang keperluan.

Ini penting, buat list supaya barang penting tidak tertinggal. Contohnya keperluan raya seperti baju raya, baju tidur, kuih raya,  duit raya dan barang keperluan mandi. Ini penting memandangkan ramai sedara mara, adik beradik , anak sedara yang pulang beraya, keperluan rumah ibu bapa kita maybe akan ada terkurang, contohnya sabun mandi, ubat gigi dan syampu. Kita bawa sendiri supaya tidak risau pada hari2 berada di kampung. Jika ada dobi berdekatan dengan kawasan kampung, tak perlulah kita angkut baju banyak-banyak, boleh hantar dobi jer. Jimat space dalam kereta, kalo tak banyak beg nak kena bawak, mane taknye, beg baju anak, beg baju mak, beg baju ayah (biasa yang ni paling kecik). 

2. Service kenderaan

Okay, yang ni sangat peting untuk kita ambil berat. Sebelum memulakan perjalanan, check atau hantar ke bengkel untuk service kenderaan kita. Kena check minyak hitam, condition aircond, tayar supaya perjalanan anda semua akan berjalanan lancar. Tengok dan ambil tau dah sampai waktu nak kena service ke ikut mileage yang tertera dekat screen kereta masing2.

3.Rehat yang mencukupi

Sebelum kita bergerak pulang ke destinasi yang kita nak tuju, kita kena check dan dapatkan condition diri dan physical yang stabil dan cergas. Jika kita penat, ambil masa untuk rehat dahulu sebelum kita memulakan perjalanan. Ini sangat penting untuk melancarkan perjalanan dan elakkan diri daripada perasaan mengantuk dan penat melampau, terutama mereka yang bekerja shift.




4. Simpan barang berharga dan matikan Plug

Periksa barang berharga seperti emas, perak, syiling atau wang ditempat yang selamat. Contohnya di tempat berkunci dan tersorok. Matikan suis dan cabut plug pada semua barang elektrik dalam rumah kita. ingat, ini sangat penting unttuk elakkan daripada litar pintas dan prevent rumah kita daripada terdedah kepada risiko kebakaran. 

5. Baca Doa sebelum memulakan perjalanan

Apa-apa yang kita buat mestilah niat kerana Allah. Niatkan diri untuk tinggalkan rumah kali ini kerana Allah untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim dalam keluarga. Baca doa menaiki kenderaan dan bacalah surah-surah tertentu agar rumah dan kediaman yang kita tinggalkan selamat. Jika ada jiran tetangga yang tidak pulang ke kampung, minta bantuan mereka untuk jenguk-jenguk keadaan rumah kita. So binalah hubungan yang baik dengan jiran -jiran sebab kita saling memerlukan anatara satu sama lain.

6. Pandu kenderaan secara berhemah.

Time nak raya ni, semua pon tau, polis , JPJ memang akan banyak buat road block, banyak speed trap , jangan kecam kerja badan berkuasa, itu keje mereka. Jangan kita lupa, ini semua untuk memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dalam keadaan baik dan nak kurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat kecuaian dan sikap pemandu yang gopoh memandu laju dan tanpa mengikut peraturan dan etika jalan raya. Jangan kita sesekali ambil langkah mudah dengan memandu di lorong kecemasan, ia adalah sikap tak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri , yang mana mengundang masalah dan mengganggu badan kecemasan untuk menjalan tugas. 

7. Elakkan stress

Stress bukan sahaja menjadikan kita penat, malah mengundang penyakit berbahaya. Semua orang pon akan menghadapi dan mengalami semua tekanan jam dan keadaan bersesak pada musim perayaan. Tukarkan mood stress  dengan berborak dan menyembang hal-hal positif dengan isteri dan anak-anak, barulah lupa stress yang sedang kita hadapi. Makan vitamin B-Kompleks juga mampu menukarkan mood stress kepada lebih tenang, makan waktu sahur la ye atau selepas berbuka. 




    8. Berehat sebentar bila rasa mengantuk

Berhenti seketika yer bila tiba-tiba rasa penat dan mengantuk. kita kasi recharged energy dengan secawan kopi atau teh panas, pasti segar bugar kan. 


So apa lagi, mulakan perjalanan kita dengan baik dan selamat. Moga tips di atas dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Ingat, orang tersayang tengah tunggu anda dan keluarga pulang ke kampung halaman dengan selamat. Selamat memandu dan salam Aindilfitri dari kami, Team EZALMIX!

Assalamualaikum dan salam sayang semua...


Monday, June 11, 2018

Pengalaman Melahirkan Puteri Ke 3 Kami...

Assalamualaikum wrt,

Salam Ramadhan di hari yang ke 26. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan RahmatNya kita masih diberikan kesihatan untuk meneruskan ibadat dengan lancar dan tenang. apa khabar anda semua? semoga Allah sentiasa merahmati dan kita dalam lindungan serta kasih sayang dariNya. Banyakkan berdoa dan memohon keampunan pada waktu-waktu terakhir Ramadhan ini.

Rasanya agak lama saya tidak mencoretkan kisah-kisah saya dan keluarga dalam blog ni. Dah makin bersawang dah blog ni. Semoga selepas ni saya lebih istiqamah berkongsi pengalaman dan tips kesihatan buat semua pembaca budiman sekalian.

Owh ya. Tujuan entri ni dicoret adalah untuk saya kongsikan pengalaman bersalin puteri ke 3 saya . Tanggal 25 May 2018, bersamaan 9 Ramadhan 1439 Hijrah , tepat jam 8.20 pagi Jumaat,  saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.015kg pada minggu ke 35. Alhamdulillah sangat mudah dan cepat bila mana saya kembali mengenangkan momen indah itu.

Pengalaman yang tidak dapat kita beli dan sesungguhnya akan terpaku dalam ingatan buat insan yang bergelar ibu seperti saya. saya dimasukkan ke wad sehari sebelum bersalin, petang khamis kerana air ketuban sudah pecah, tapi belum rase apa-apa kesakitan, petang tu saya masih sempat berbuka puasa di hospital bersama suami tersayang. Syukur Alhamdulillah suami masih ada di sisi saat saya nak bersalin, terima kasih kerana sentiasa menemani saya.

Tepat jam 12.30 tengah malam, saya mula rasa contraction yang main-main. Kemudian sejam sekali contraction berulang  sehingga jam 4 pagi. Dah terdetik dalam fikiran saya yang saya akan bersalin pagi esok. Saya bersahur seperti biasa jam 5 pagi dengan rasa contraction yang kian kerap setengah jam sekali. Saya bancuh ESP dan saya telan Ostematrix .

Esok mane tau saya masih diizinkan untuk terus berpuasa. Roti ,kurma air masak saya telan dengan perasaan bercampur baur, sakit dan berdebar. Nurse masuk ke bilik untuk check BP dan denyutan bayi. Semuanya OK.

Saya ada bagitau yang contraction makin kerap setengah jam sekali. Nurse senyum, katanya belum masa lagi tu. so saya pon tenangkan diri dan cuba berzikir dan istighfar sebanyak mungkin. Sesekali wassap dengan suami, suami kata maybe dah tak lama, dia berusaha tenangkan saya, so saya kembali tenang sambil menahan contraction hingga ke subuh. Just imagine, the power mindset, bila kita set calm, kita akan jadi tenang.

Selesai solat subuh, saya cuba untuk lelapkan mata. Tapi macam tak berjaya. saya berjalan mundar mandir dalam bilik, menenangkan diri dan bercakap dengan baby, dengan cara ni saya jadi tenang.
Jam 7.30 Pagi, doktor yang bertugas check saya , maybe doktor praktikan, muda lagi, macam baru lepas habis belajar, wangi lagi bau perfume yang dipakai, tanye saya sebab apa warded,. Saya cakap sebab semalam air ketuban saya dah leaking.

So memang tugas doktor tulis history and details pesakit yang baru masuk, so saya ceritakan dan bagi info yang diperlukan, walaupun sesekali sakit tu datang dan pergi. Lepas tu datang jam 7.45 makanan pagi pon sampai, saya cakap kat nurse saya masih berpuasa, tapi makanan pagi tu bolehlah simpan dalam tupperware saya, kot2  lah lepeas ni saya bersalin, boleh saya makan jer. Hehe..sempat lagi planning.

Jam di dinding tepat menunjukkan jam 8 pagi, 5 minit sekali rase contraction datang , saya panggil nurse untuk check jalan, muka dan berkerut dan merah padan. Saya cakap kat doktor yang masuk bilik tadi saya tak tahan dah, rase baby nak keluar dah. Dah fullterm, patutla rase nak teran jer. Keadaan agak cemas, dengan sepantas kilat nurse bergegas ambil katil beroda dan pindahkan saya ke tingkat 6. Nasib baik suami masih menunngu di luar wad, saya rasa macam naik kete lumba dan dipandu laju di litar Sepang.

Smpai di dewan bersalin terus saya teran, sekali push baby saya selamat lahir ke dunia. ALHAMDULILLAH....Terima kasih suami dan keluarga yang mendoakan . Kini status ibu beranak 3 bertukar kepada ibu  beranak 4 , 1 putera, 3 puteri. Terima kasih Ya Allah atas nikmat rezeki yang tidak terhingga.

Ini adalah pengalaman ke 3 melahirkan bayi dengan supplemen Shaklee, bermula anak ke 2. Tiba waktu contraction muncul, saya akan segera bancuh 3 sudu ESP dengan air suam, dan telan  4 biji Ostematrix sebagai energy booster saya. Alhamdulilllah, ianya berhasil dengan izin Allah swt. kita ikhtiar, in Shaa Allah. apa yang saya dapat dengan supplemen berpantang shaklee? Of course tenaga saya maintain dan susu badan meriah, jadi baby cepat kenyang...syukur ...

Semoga kawan-kawan diluar sana yang menunggu kelahiran selamat melahirkan zuriat masing-masing, dan berhajat berpantang dan mencuba supplemen shaklee, jangan segan jangan malu , boleh direct contact saya @ 013-6841620 @ email zalezamamat@gmail.com.

 Ainul Mardiah Binti Halmi ...Assalamualaikum everyone



Set berpantang Shaklee yang Awesome, saya bagi 5 bintang

Untuk info promosi produk Skincare Youth boleh klik pautan ini -----> Youth Skincare

Sekian dulu.Jumpa lg next entry ye..! bye2..