Mengikut sumber, manusia terawal di dunia yang merokok ialah suku bangsa Asli di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh.
Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian, kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah.
Berlainan dengan bangsa Asli Amerika yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.
Kandungan Rokok
Beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok:
Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok berasa tenang.
Tar, yang terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimianya bersifat karsinogen.
Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan siano.
Benzena, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.
Kadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif.
Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling ringkas yang juga dikenali sebagai metil alkohol.
Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.
Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam gabungan dengan unsur-unsur tertentu.
Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.
Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak.
Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.
Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, punca manusia bermula merokok ialah pada ketika usia remaja yang mana pada waktu tersebut pengaruh rakan sebaya amatlah kuat berbanding pengaruh ibubapa.Disebabkan oleh kawan-kawan yang merokok akan mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk melakukan perkara yang sama.
Semangat ingin mencuba
Ketika remaja, kebiasaannya mereka mengalami keadaan dimana perasaan ingin mencuba suatu perkara baru adalah sangat tinggi.Lebih-lebih lagi mereka merasakan bahawa ianya merupakan suatu perkara yang boleh dibangga-banggakan apabila merokok di kalangan kelompok kecil mereka.
Sikap ini yang akan menyebabkan mereka terus merokok dan dijadikan amalan biasa sehingga ketagih.
Ketagihan apabila sudah mencuba rokok
Berlanjutan daripada cubaan pertama merokok menyebabkan mereka merasa ketagih dan ingin melakukan untuk kali kedua dan seterusnya. Dan ketagihan ini amatlah sukar untuk dipulihkan walaupun dengan mengambil masa yang panjang.
Kenapa perlu berhenti merokok
Dilaporkan bahawa antara kesan yang buruk akibat merokok ini ialah mendapat penyakit Kanser Paru-Paru dan Serangan Jantung. Lanjutan daripada penyakit tersebut akan membawa kepada kematian.
Gambar Imbasan Paru-Paru Perokok
Statistik Kematian Akibat Merokok
Di antara beberapa usaha yang boleh dibuat untuk membantu anda berhenti merokok adalah
Betulkan niat dan Kuatkan Amalan Rohani
Aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah, membaca Al-Quran, Menghadiri Kelas Agama, Berzikir,
menziarahi orang sakit, membantu anak yatim, memberi makan kepada orang miskin dan sebagainya sangat membantu dalam mengawal tabiat merokok. Amalan kerohanian ini akan meneguhkan hati kita untuk menahan diri daripada aktiviti merokok.Betulkan niat kita bahawa saya berhenti merokok kerana Allah s.w.t.inshaAllah DIA akan beri kekuatan kepada kita untuk berhenti merokok.
Pilih kawan yang tidak merokok
Kebiasaannya manusia cenderung untuk berkawan dengan orang yang mempunyai minat, hobi atau kemahuan yang sama. Begitu juga perokok, apabila mereka bertemu di mana-mana tempat merokok mereka akan sentiasa membantu sekiranya tiada pemetik api akan dibantu hatta tiada rokok pun akan dihulur juga walaupun belum kenal lama.
Sedaya upaya usahakan untuk elak daripada berada di kalangan orang yang merokok dan sentiasa berdamping dengan kumpulan yang tidak merokok. Misalnya pilih rakan serumah atau rakan sekelas atau rakan sekerja yang tidak merokok. InshaAllah Secara perlahan-lahan tabiat buruk tersebut akan dapat dikurangkan.
Dapatkan Vitamin sokongan untuk berhenti merokok
Bagi mereka yang sudah tegar merokok pasti akan mendatangkan masalah untuk berhenti merokok kerana sistem dalam badan yang sudah terbiasa menerima bahan-bahan kimia yang terkandung dalam rokok tersebut .Setelah berhenti merokok anda akan mengalami masalah berikut:
1. Gian atau ''withdrawal''. Ia akan hilang dalam tempoh 3-14hari.
2. Batuk . Ini petanda tubuh anda sedang bertindak balas untuk kembali normal.
3. Pening.Ini menandakan tubuh anda mula menyesuaikan diri dengan paras oksigen yang berbeza.
4. Sakit kepala.Terjadi apabila tekanan darah menurun ke paras normal.
5. Kebas.Berlaku kerana peredaran darah menjadi lebih lancar.
Resveratrol adalah antioksidan yang sangat kuat yang memperbaiki sel. Ia membantu melindungi sel dari radikal bebas kesan daripada rokok tersebut. Ia akan membantu mengurangkan gejala sampingan akibat berhenti merokok seperti gian, batuk dan pening kepala.Pernafasan juga akan jauh lebih lancar kepada perokok kerana antioksidan membaik pulih sel paru-paru.
![]() |
Atau sekiranya korang nak buat pembelian Vivix secara online menggunakan kad kredit boleh klik ikon di bawah. |
Atau anda nak dapatkan harga terbaik dengan mendapat potongan harga sehingga 20% iaitu dengan menjadi ahli Shaklee boleh klik di SINI atau klik Daftar Sekarang di bawah.
![]() |
| Add caption |
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Zaleza Mamat
ID : 885245
Whatsapp/Call : 0136841620 /
Emel : zalezamamat@gmail.com
Fb Page : BEREH
Kawasan COD : Kuala Berang - Ajil - Kuala Terengganu - Marang
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.























