Pengalaman hamil adalah moment indah dan bermakna apabila kita melayari alam pernikahan. saya dan suami diijabkabulkan pada tanggal 16 November 2008. Namun seawal perkahwinan, saya langsung tidak pernah mengambil sebarang makanan tambahan.
Pada ketika itu,saya langsung tiada pendedahan dan ilmu tentang kepentingan nutrisi dan merasakan diri sudah cukup bertenaga dan bernutrisi. Makanan tambahan adalah tiada kepentingan bagi saya pada ketika itu.

Bayi sulung saya, Muhammad Asyraf Muhklis Bin Halmi lahir pada 25 Jun 2011. Sepanjang tempoh 31 minggu mengandungkan Asyraf, saya langsung tidak mengambil sebarang vitamin tambahan sehinggalah beliau lahir. Dengan izin Nya lahirlah bayi pertama saya seberat 1.235kg.
Namun kekuatan emosi dan dengan izin Allah, Asyraf merupakan bayi yang cekal dan sangat positif dari segi perkembangan fizikal dan mental. Saya diperkenalkan dengan vitamin shaklee sejurus selepas Asyraf dilahirkan.
Bermula dengan vitamin asas menyusu seperti Vitamin C, B Complex , Vitalea dan Alfalfa selaku milk booster terbaik yang pernah saya cuba. Alhamdulillah susu meriah dan mencukupi untuk Asyraf di NICU. Malah stok susu melebihi keperluan yang diperlukan.
Kehamilan kedua pada tahun 2015, saya menggunakan fullset set mengandung / kehamilan daripada Shaklee, tanpa skip dan tanpa was-was. Sebab produk shaklee adalah produk yang selamat dan berkesan kepada semua ibu-ibu dan ianya mendapat pensijilan halal di luar negara yang diakui oleh JAKIM.
Saya merupakan ibu bekerja yang banyak travel dan bergerak. Namun saya kurang penat dan amat cergas menjalankan rutin harian. Di bawah ni gambar anak kedua saya, Si Tembam, Auni Maryam bin Halmi yang lahir pada 15 September 2015 dengan berat 2.60kg.
Baru berumur 2 tahun, berat dia sekarang dah 15.++kg. Alhamdulillah comel sangat.Petah sangat bercakap. Nak menjaganya tak susah sangat sebab dia budak cerdik dan pandai menjaga diri.hehe..
Di awal kehamilan lagi, saya jarang muntah dan kurang lesu, Saya lengkapkan nutrisi harian saya dengan pengambilan Vitamin C, Omega Guard, Vitalea,Vitamin B Complex, , ESP, dan Ostematrix sebagai menampung kekurangan nutrisi dalam menu harian.
Amat penting untuk kita mengambil kira tentang jumlah nutrisi yang amat diperlukan untuk ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan agar kita sentiasa sihat dan bayi mendapat khasiat yang sepatutnya.
ESP amat penting diambil 2 kali sehari, memandangkan ia membantu saya agar kurang lapar dan cergas bertenaga sepanjang hari. Maklumlah, ibu mengandung ni akan berasa kerap lapar dan akan makan lebih jika tidak dikawal dengan betul, maka akan menimbulkan penyakit seperti kencing manis jika diet tidak dikawal dengan bijaksana.
Omega Guard penting untuk perkembangan otak bayi dan ostematrix adalah sumber kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang ibu dan bayi, memandangkan saya memang jarang mengambil susu.
Di bawah ni pula adalah gambar anak ketiga saya Si Cantik, Asiah Maisarah Binti Halmi yang lahir pada 13 November 2016 dengan berat 2.96kg. Budaknya agak kuat nangis mungkin sebab setakat ni dia paling bongsu.
Tak pun sebab dia dah tahu kot dalam perut ibu dia ni tengah mengandung sorang baby lagi. hehe..nak buat macam mana, orang kata selagi muda..kita mengandung lagi..kalau dah berumur agak berisiko juga nak mengandung ni..hehe
Bawah ni pula gambar kami di Hotel masa kami bercuti di Ipoh Perak baru ni. saje jalan-jalan di Lost World Bukit Tambun. Menarik juga tempatnya. Takdelah jammed macam tempat-tempat lawatan lain lebih-lebih lagi masa musim cuti sekolah ni.
Akhir kata , saya amat menyarankan ibu hamil untuk sentiasa mementingkan bekalan nutrisi tubuh yang lengkap dan berkualiti. Ini amat penting bagi menampung kekurangan nutrisi kepada ibu dan bayi, serta menjadikan ibu dan bayi sihat dalam tempoh kehamilan.
Ingatlah, apa yang kita belanjakan untuk kesihatan hari ini akan menjamin kualiti hidup dan kesihatan yang lebih sejahtera, dengan IzinNya In Shaa Allah.
Oh ya, sekiranya korang berminat nak merasai moment indah mengandung dengan berbekalkan sokongan vitamin yang terbukti berkesan, semulajadi, selamat dan halal bolehlah terus hubungi saya dengan klik di SINI atau klik ikon di bawah.
![]() |
Atau sekiranya korang nak buat pembelian set kehamilan secara online menggunakan kad kredit boleh klik ikon di bawah. |
Atau anda nak dapatkan harga terbaik dengan mendapat potongan harga sehingga 20% iaitu dengan menjadi ahli Shaklee boleh klik di SINI atau klik Daftar Sekarang di bawah.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Zaleza Mamat
ID : 885245
Whatsapp/Call : 0136841620 /
Emel : zalezamamat@gmail.com
Fb Page : BEREH
Kawasan COD : Kuala Berang - Ajil - Kuala Terengganu - Marang
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.








No comments:
Post a Comment