Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday, June 12, 2018

Tips langkah keselamatan sebelum pulang berhari raya di kampung halaman..

Selamat petang dan selamat berpuasa semua...
Apa khabar arini? Dah khatam 30 juzuk al-Quran?Alhamdulillah..semoga semua ibadat dan usaha kita sepanjang Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT. Amin..

Kawan2 semua dah start cuti raya ke? Mana-mana yang masih bekerja, kekalkan mood dan momentum bekerja sebelum bercuti panjang yer. Siapkan semua kerja supaya kerja kita tak tertangguh dan settle pada waktunya, nanti bos pon makin sayang....tak gitew.
    
Macam mana dengan persiapan raya? Dah settle ke belom? Kasut raya, kuih raya, langsir raya , vitamin raya dah ready? Raya pon raya juga, kesihatan dan keselamatan keluarga jangan la kita abaikan. Betul tak? Nake beraya di kampung halaman, kita mesti buat persiapan rapi sebelum memulakan perjalanan. Ambil langkah bijak agar perjalanan dan keselamatan tempat tinggal kita terjaga rapi.

Apa yang kita nak bersiap sedia ni? 

1. Packing awal barang-barang keperluan.

Ini penting, buat list supaya barang penting tidak tertinggal. Contohnya keperluan raya seperti baju raya, baju tidur, kuih raya,  duit raya dan barang keperluan mandi. Ini penting memandangkan ramai sedara mara, adik beradik , anak sedara yang pulang beraya, keperluan rumah ibu bapa kita maybe akan ada terkurang, contohnya sabun mandi, ubat gigi dan syampu. Kita bawa sendiri supaya tidak risau pada hari2 berada di kampung. Jika ada dobi berdekatan dengan kawasan kampung, tak perlulah kita angkut baju banyak-banyak, boleh hantar dobi jer. Jimat space dalam kereta, kalo tak banyak beg nak kena bawak, mane taknye, beg baju anak, beg baju mak, beg baju ayah (biasa yang ni paling kecik). 

2. Service kenderaan

Okay, yang ni sangat peting untuk kita ambil berat. Sebelum memulakan perjalanan, check atau hantar ke bengkel untuk service kenderaan kita. Kena check minyak hitam, condition aircond, tayar supaya perjalanan anda semua akan berjalanan lancar. Tengok dan ambil tau dah sampai waktu nak kena service ke ikut mileage yang tertera dekat screen kereta masing2.

3.Rehat yang mencukupi

Sebelum kita bergerak pulang ke destinasi yang kita nak tuju, kita kena check dan dapatkan condition diri dan physical yang stabil dan cergas. Jika kita penat, ambil masa untuk rehat dahulu sebelum kita memulakan perjalanan. Ini sangat penting untuk melancarkan perjalanan dan elakkan diri daripada perasaan mengantuk dan penat melampau, terutama mereka yang bekerja shift.




4. Simpan barang berharga dan matikan Plug

Periksa barang berharga seperti emas, perak, syiling atau wang ditempat yang selamat. Contohnya di tempat berkunci dan tersorok. Matikan suis dan cabut plug pada semua barang elektrik dalam rumah kita. ingat, ini sangat penting unttuk elakkan daripada litar pintas dan prevent rumah kita daripada terdedah kepada risiko kebakaran. 

5. Baca Doa sebelum memulakan perjalanan

Apa-apa yang kita buat mestilah niat kerana Allah. Niatkan diri untuk tinggalkan rumah kali ini kerana Allah untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim dalam keluarga. Baca doa menaiki kenderaan dan bacalah surah-surah tertentu agar rumah dan kediaman yang kita tinggalkan selamat. Jika ada jiran tetangga yang tidak pulang ke kampung, minta bantuan mereka untuk jenguk-jenguk keadaan rumah kita. So binalah hubungan yang baik dengan jiran -jiran sebab kita saling memerlukan anatara satu sama lain.

6. Pandu kenderaan secara berhemah.

Time nak raya ni, semua pon tau, polis , JPJ memang akan banyak buat road block, banyak speed trap , jangan kecam kerja badan berkuasa, itu keje mereka. Jangan kita lupa, ini semua untuk memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dalam keadaan baik dan nak kurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat kecuaian dan sikap pemandu yang gopoh memandu laju dan tanpa mengikut peraturan dan etika jalan raya. Jangan kita sesekali ambil langkah mudah dengan memandu di lorong kecemasan, ia adalah sikap tak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri , yang mana mengundang masalah dan mengganggu badan kecemasan untuk menjalan tugas. 

7. Elakkan stress

Stress bukan sahaja menjadikan kita penat, malah mengundang penyakit berbahaya. Semua orang pon akan menghadapi dan mengalami semua tekanan jam dan keadaan bersesak pada musim perayaan. Tukarkan mood stress  dengan berborak dan menyembang hal-hal positif dengan isteri dan anak-anak, barulah lupa stress yang sedang kita hadapi. Makan vitamin B-Kompleks juga mampu menukarkan mood stress kepada lebih tenang, makan waktu sahur la ye atau selepas berbuka. 




    8. Berehat sebentar bila rasa mengantuk

Berhenti seketika yer bila tiba-tiba rasa penat dan mengantuk. kita kasi recharged energy dengan secawan kopi atau teh panas, pasti segar bugar kan. 


So apa lagi, mulakan perjalanan kita dengan baik dan selamat. Moga tips di atas dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Ingat, orang tersayang tengah tunggu anda dan keluarga pulang ke kampung halaman dengan selamat. Selamat memandu dan salam Aindilfitri dari kami, Team EZALMIX!

Assalamualaikum dan salam sayang semua...


Monday, June 11, 2018

Pengalaman Melahirkan Puteri Ke 3 Kami...

Assalamualaikum wrt,

Salam Ramadhan di hari yang ke 26. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan RahmatNya kita masih diberikan kesihatan untuk meneruskan ibadat dengan lancar dan tenang. apa khabar anda semua? semoga Allah sentiasa merahmati dan kita dalam lindungan serta kasih sayang dariNya. Banyakkan berdoa dan memohon keampunan pada waktu-waktu terakhir Ramadhan ini.

Rasanya agak lama saya tidak mencoretkan kisah-kisah saya dan keluarga dalam blog ni. Dah makin bersawang dah blog ni. Semoga selepas ni saya lebih istiqamah berkongsi pengalaman dan tips kesihatan buat semua pembaca budiman sekalian.

Owh ya. Tujuan entri ni dicoret adalah untuk saya kongsikan pengalaman bersalin puteri ke 3 saya . Tanggal 25 May 2018, bersamaan 9 Ramadhan 1439 Hijrah , tepat jam 8.20 pagi Jumaat,  saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.015kg pada minggu ke 35. Alhamdulillah sangat mudah dan cepat bila mana saya kembali mengenangkan momen indah itu.

Pengalaman yang tidak dapat kita beli dan sesungguhnya akan terpaku dalam ingatan buat insan yang bergelar ibu seperti saya. saya dimasukkan ke wad sehari sebelum bersalin, petang khamis kerana air ketuban sudah pecah, tapi belum rase apa-apa kesakitan, petang tu saya masih sempat berbuka puasa di hospital bersama suami tersayang. Syukur Alhamdulillah suami masih ada di sisi saat saya nak bersalin, terima kasih kerana sentiasa menemani saya.

Tepat jam 12.30 tengah malam, saya mula rasa contraction yang main-main. Kemudian sejam sekali contraction berulang  sehingga jam 4 pagi. Dah terdetik dalam fikiran saya yang saya akan bersalin pagi esok. Saya bersahur seperti biasa jam 5 pagi dengan rasa contraction yang kian kerap setengah jam sekali. Saya bancuh ESP dan saya telan Ostematrix .

Esok mane tau saya masih diizinkan untuk terus berpuasa. Roti ,kurma air masak saya telan dengan perasaan bercampur baur, sakit dan berdebar. Nurse masuk ke bilik untuk check BP dan denyutan bayi. Semuanya OK.

Saya ada bagitau yang contraction makin kerap setengah jam sekali. Nurse senyum, katanya belum masa lagi tu. so saya pon tenangkan diri dan cuba berzikir dan istighfar sebanyak mungkin. Sesekali wassap dengan suami, suami kata maybe dah tak lama, dia berusaha tenangkan saya, so saya kembali tenang sambil menahan contraction hingga ke subuh. Just imagine, the power mindset, bila kita set calm, kita akan jadi tenang.

Selesai solat subuh, saya cuba untuk lelapkan mata. Tapi macam tak berjaya. saya berjalan mundar mandir dalam bilik, menenangkan diri dan bercakap dengan baby, dengan cara ni saya jadi tenang.
Jam 7.30 Pagi, doktor yang bertugas check saya , maybe doktor praktikan, muda lagi, macam baru lepas habis belajar, wangi lagi bau perfume yang dipakai, tanye saya sebab apa warded,. Saya cakap sebab semalam air ketuban saya dah leaking.

So memang tugas doktor tulis history and details pesakit yang baru masuk, so saya ceritakan dan bagi info yang diperlukan, walaupun sesekali sakit tu datang dan pergi. Lepas tu datang jam 7.45 makanan pagi pon sampai, saya cakap kat nurse saya masih berpuasa, tapi makanan pagi tu bolehlah simpan dalam tupperware saya, kot2  lah lepeas ni saya bersalin, boleh saya makan jer. Hehe..sempat lagi planning.

Jam di dinding tepat menunjukkan jam 8 pagi, 5 minit sekali rase contraction datang , saya panggil nurse untuk check jalan, muka dan berkerut dan merah padan. Saya cakap kat doktor yang masuk bilik tadi saya tak tahan dah, rase baby nak keluar dah. Dah fullterm, patutla rase nak teran jer. Keadaan agak cemas, dengan sepantas kilat nurse bergegas ambil katil beroda dan pindahkan saya ke tingkat 6. Nasib baik suami masih menunngu di luar wad, saya rasa macam naik kete lumba dan dipandu laju di litar Sepang.

Smpai di dewan bersalin terus saya teran, sekali push baby saya selamat lahir ke dunia. ALHAMDULILLAH....Terima kasih suami dan keluarga yang mendoakan . Kini status ibu beranak 3 bertukar kepada ibu  beranak 4 , 1 putera, 3 puteri. Terima kasih Ya Allah atas nikmat rezeki yang tidak terhingga.

Ini adalah pengalaman ke 3 melahirkan bayi dengan supplemen Shaklee, bermula anak ke 2. Tiba waktu contraction muncul, saya akan segera bancuh 3 sudu ESP dengan air suam, dan telan  4 biji Ostematrix sebagai energy booster saya. Alhamdulilllah, ianya berhasil dengan izin Allah swt. kita ikhtiar, in Shaa Allah. apa yang saya dapat dengan supplemen berpantang shaklee? Of course tenaga saya maintain dan susu badan meriah, jadi baby cepat kenyang...syukur ...

Semoga kawan-kawan diluar sana yang menunggu kelahiran selamat melahirkan zuriat masing-masing, dan berhajat berpantang dan mencuba supplemen shaklee, jangan segan jangan malu , boleh direct contact saya @ 013-6841620 @ email zalezamamat@gmail.com.

 Ainul Mardiah Binti Halmi ...Assalamualaikum everyone



Set berpantang Shaklee yang Awesome, saya bagi 5 bintang

Untuk info promosi produk Skincare Youth boleh klik pautan ini -----> Youth Skincare

Sekian dulu.Jumpa lg next entry ye..! bye2..

Saturday, April 7, 2018

JOM HEBAT PANTAI TIMUR (JHPT1)

JOM HEBAT PANTAI TIMUR (JHPT1)

Assalamualaikim wrt.......

Salam hari Sabtu, salam 1 Malaysia buat semua yang mengikuti blog saya. Alhamdulillah kita masih diberi kesihatan dan kesempatan untuk terus bernafas dan beribadat di muka bumi Allah swt. Semoga setiap apa yang kita lakukan niat ikhlas kepadaNya dan diganjarkan dengan pahala. In shaa Allah.

Alhamdulillah, hari ini saya amat berbesar hati kerana berpeluang berjumpa team hebat pantai timur dalam program Jom Hebat Pantai Timur 1 ( JHPT1). Program ini yang mengumpulkan Shaklee Independent Distributor (SID) dari segenap pantai timur bagi sesi 2018 bermotifkan bagaimana hala tuju kita dalam mewarisi empayar bisnes kepada anak-anak kita dan generasi akan datang. Sangat dalam maksudnya, sungguh membuka minda dan amat terinspirasi dengan ucapan dan penyampaian Master Lyna Noh dan Master Zainul.



Saya sesungguhnya amat  teruja dengan peluang yang sangat banyak shaklee berikan kepada mereka yang berlapang dada mencari peluang untuk berjaya. Bayangkan, bukan sahaja untung runcit yang kita dapat, shaklee amat bermurah hati menghadiahkan cash bonus, free trip, car bonus malahan trip ke europe..free ticket untuk umrah.😍😍😍😍😍. Jika difikirkan , berapa lama yang saya perlu kumpulkan jika menyimpan sendiri melalui gaji bulanan saya?🤔. Malahan cash bonus yang shaklee tawarkan adalah infiniti. Best ke tak best. ?


Apa yang perlu kami lakukan jika ingin merealisasikan impian menuju Master Coordinator. Tiada lain, melainkan 3 percara asas 3S, sharing, sponsoring dan servicing.  3 perkara ini adalah core atau asas kepada tunjang kejayaan bisnes individu.

Dalam program hari ini juga, kami dikenakan menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman kami dalam kemahiran asas pengiraan bonus. Seronok dan amat memberi pemahaman dalam sesi perbincangan. So bila adanya aktiviti 2 hala, kami dapat mengenalpasti apa uang kurang jelas dan bertanyakan secara terus kepada master lyna.

Sesi petang pula, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti dalam kumpulan. Sangat best sebab kami dapat berkenalan antara satu sama lain, brainstorming tentang beberapa isu yang perlu dikupas dan melatih presentation skill.

Apa yang jelas, dalam menuntut ilmu, walau sejauh mana kita perlu bertapak, luangkan lah masa, sesungguhnya ilmu ini amat berharga, malah lebih daripada emas disebabkan keikhalasan kita dan mentor dalam belajar dan mengajar amat memberi manfaat untuk kami sama2 memanfaatkannya dalam meneraju bisnes.

Tuesday, March 20, 2018

YOUTH™ KEKAL MUDA, JELITA


☆☆☆ YOUTH™ KEKAL MUDA, JELITA ☆☆☆
Salam sayang,
Didoakan semoga kalian semua sentiasa sihat & tenang. 

Selama lebih daripada 60 tahun, shaklee tidak pernah berhenti membantu anda untuk Hidup Lebih Muda, Lebih Lama dengan menangani penuaan pada tahap selular. Kini, shaklee menggunakan kejayaan yang sama untuk membantu anda Kekal Muda, Jelita.

Wanita bukanlah enggan menerima hakikat bahawa dirinya semakin berusia – mereka sebenarnya enggan mengorbankan pengalaman mereka dengan sebarang benda! Mereka hanya tidak suka melihat diri mereka di dalam cermin yang tidak menunjukkan betapa mudanya mereka rasakan di dalam diri.

Itulah yang menjadi inspirasi untuk YOUTH. Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri.
Untuk kekal muda sama seperti apa yang anda rasa, mulakan dari sekarang. Pada masa hadapan, anda tentu akan menghargainya.
Janji kami adalah penjagaan kulit YOUTH™ bukan hanya meningkatkan kesihatan kulit anda secara dramatik, malah ianya 100% dijamin mampu mengubah usia kulit anda menjadi lebih muda. Sememangnya menakjubkan.

Ada satu berita hangat dari Shaklee, Bermula 1 Mac 2018 ini, akan mula penjualan di serata Malaysia skrin care terbaru yang berteknologi Skin Age Index ini.
Skin care ini dinamakan Youth. Sesuai dengan nama ia akan memudakan kembali kulit dari tahap sel.
8 tahun Shaklee ambil masa untuk lakukan kajian. Bukan setakat saintis Shaklee, malah bergabung dengan pakar kulit terkemuka dunia. Sehingga terhasilnya teknologi Skin Age Index.
Teknologi ini dapat mengukur usia kulit di bahagian muka.
Satu kajian yang melibatkan 100 orang konsumer dari pelbagai kaum & etnik telah dilakukan.
Keputusannya sangat memeranjatkan. Di mana selepas 1 minggu, 100% konsumer tadi mendapati kulit muka semakin muda. Selepas 4 minggu, 2/3 dari mereka berjaya mendapat kulit muka 10 tahun lebih muda.
Ini semua telah diukur dengan teknologi Skin Age Index. Penemuan ini adalah sesuatu yang amat penting dalam industry penjagaan kulit muka.
Ini semua hanya ada di dalam Youth.
Semperna penjualan kali pertama di Malaysia, Shaklee telah membuat satu tawaran istimewa buat anda semua.
Set Youth mengandungi:
1. Luminious Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Radiance C+E
4. Youth Activating Serum
5. Age Defence Mineral Moisturizer SPF 50
6. Advance Renewal Night Cream
Set ini asalnya berharga RM1775.51.
Tetapi dengan pembelian Youth, anda layak menikmati harga ahli RM1420.40.
Tapi-tapi, Shaklee kata nak beri lagi tawaran hebat. Shaklee hadiah Radiance C+E, PERCUMA. Harganya RM437.25 tau.
Jadi berapakah harga Youth yang perlu dibayar?
*Hanya RM1070.60 sahaja.* (untuk Bulan Mac 2018 shj)
Set kelengkapan ‘facial’ juga turut diberikan. Wow!
Anda mahu kulit muka lebih muda dan sihat? Jom dapatkan Youth sekarang.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh contact saya Zaleza 013-6841620

Kelebihan Youth

7 Kelebihan Dan Keistimewaan skincare Youth Shaklee Berbanding Produk Lain Di Pasaran adalah :
1. Dihasilkan selepas 8 tahun kajian dan mempunyai 8 ‘patent pending’.
2. Terbukti melalui kajian klinikal bebas daripada 2500 jenis bahan kimia berbahaya.
3. Sesuai untuk semua lapisan usia dan semua jenis kulit.
4. Keputusan ujian klinikal menunjukkan 100% wanita yang menggunakannya memiliki kulit yang lebih muda.
5. Produk ‘Vegan’ – tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan.
6. Bebas kekejaman ke atas haiwan. Ia tidak menjadikan haiwan sebagai bahan ujian.
7. Bebas Gluten


Tahu tak kenapa Radiance C+E ni best giler?☺️ Dalam radiance C+ E ni ada ingredient yang sangat power. Lagi satu kenapa shaklee buat packaging radiance C+E dalam capsule? Sebabnya nak protect kandungan cream ni terdiri daripada:
🍊 20% vitamin C tulen
🍇 Vitamin E
🍒 Ekstrak sel Raspberry
Ya, Radiance C+E mengandungi bahan2 aktif dan tulen! Sebab itu kulit kita dapat rasai kesan perubahan seawal 7 hari!😊
Bahan-bahan aktif ini, dapat bantu korang mendapat kesan yang hebat dan saya sedang melaluinya.
Nak tau tak apa Radiance C+E buat kat kulit saya?
💞 Kulit menjadi lebih tegang
💞 Kulit jadi makin cerah
💞 Kurangkan garis halus dan kedutan!
💞 Melicinkan tekstur kulit
💞 Tona kulit jadi sekata💃🏻
Korang nak tau lagi tak? Jika guna bersama dengan serum, dia buat kulit kita jadi lebih menakjubkan. 😍😍
Apa lagi, korang kena cepat-cepat order dengan saya supaya kulit korang pun cantik juga.😄
Radiance C+E ni memang 💯 natural, 💯 daripada tumbuhan & tanpa bahan pengawet!
Ada 60 biji kapsul dalam bekas ni, korang nak pakai tiap2 malam boleh, nak pakai 3x seminggu boleh. Ikut korang je 😌
Yang semestinya lepas pakai ni memang rasa kulit lembut gila! & muka memang makin lama makin cerah & licin! Vit C mmg sangat effective untuk cerahkan & licinkan muka tau! Sebab tu orang consume Vit C untuk tujuan cerahkan kulit. Kalau korang pakai cream ni & consume Vit C at the same time, memang double effect la luar dalam!😎
Nak ke tak? Wassap jer kat www.wasap.my/60136841620


Semoga bermanfaat :)
Zaleza
Pengedar Shaklee Kesayangan Anda

Monday, February 19, 2018

TURBOBIZZ Staycation 2018

Alhamdulillah...

Selesai sudah sesi staycation sesi 2018 yang diadakan di Kain sal guesthouse melaka. Tempat cantik mood pun akan sentiasa baik. Saya pertama kali menyertai program staycation ni tau. Tapi saya boleh bagi 5 bintang to the organizer.. best dan penuh pengisian.

Apa yang bestnyer dalam program ni. Pertama saya dapat la bergambar dengan #TURBOTEAM. Memang best sebab selama ni banyak bersembang di alam maya. Lagi best, saya dapat make up dengan make up artis dan bergambar dengan professional photographer. Last sekali moment indah macam ni nak tau bile? Tahun 2008 dulu...masa bersanding.. now dah 10 tahun usia perkahwinan baru dapat merasa macam pengantin baru ...best ke tak best. Bereh ke dok?

Program shaklee ni memang awesome sebab saya boleh heret semua hero dan heroin saya sekali sambil saya menimba ilmu.
 Best ke tak? Tak pening kepala fikir nak tinggalkan anak-anak dengan siapa? Saya tak perlu gusar nak susahkan adik dan mak ayah nak tolong jagakan mereka. Alhamdulillah. Shaklee kan mesra alam. Hak anak-anak untuk menikmati kualiti masa bersama ibu bapa masih shaklee team kekalkan. Senang ke tak buat bisnes shaklee? During coaching session, anak-anak akan dibawa berhibur di kolam renang dan bebas nak bermain sambil dipantau oleh hubby2 hensem masing-masing. 

The climax part dalam program staycation ni adalah sesi coaching yang amat santai. Kat sinilah saya nak tanye 1001 persoalan yang bersarang kat kepala pasal semua bisnes shaklee kat master kesayangan kami, memang dipersilakan. Masing2 akan share info dan pengalaman bisnes dan produk. Saya amat bangga join biz shaklee sebab leader akan guide kita rapat2 tau, dengan syarat kita ada initiatif nak berjaya dan berusaha. Kalo hati masih 50-50 , tak yah la berangan nak berjaya kan. 

So apa lagi, jangan malu jangan segan. Mulakan langkah sekarang , sape nak join team saya amat2 dialukan. Saya akan share satu2 apa beza shaklee dengan yang lain. Saya tak reveal apa2 lagi tau pasal benefit yang akan shaklee bagi bagi mereka yang nak melangkah jauh ni tau. This is so special for those yang bijak mengambil peluang. 

Okay.. till we meet again.. nite everyone..

#staycation2018
#melaka

Sunday, February 11, 2018

ADA APA DENGAN 1 CANISTER ESP SHAKLEE

Hi Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Harini saya nak berkongsi tentang apa yang boleh dilakukan oleh 1 canister ESP Shaklee dengan izin Allah s.w.t.

Ok sebelum tu tau tak korang yang ESP ni dah terkenal di seluruh dunia. Ape? Tak tau? 
Haa ni nak bagi tau ni.

ESP diiktiraf di seluruh dunia kerana:

# mempunyai kajian klinikal yang sangat entensif dan komprehensif
# kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan 
# kacang soya yang digunakan mengandungi NON-GMO(non-genetically modified organism) diproses pada suhu yang sangat rendah supaya enzim dan khasiat dalam soya tidak hilang.
# setiap 850g satu canister dihasilkan dari 30 kg kacang soya
# memberi sumber tenaga  segera dan boleh bertahan lama
# satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
# diperkaya dengan 5 vitamin ,4 mineral
# sangat sesuai untuk semua peringkat umur
# indeks glisemik rendah iaitu 39-sangat sesuai untuk penghidap kencing manis
# satu hidangan esp persamaan>>>2 kali ganda daging>4 kali ganda telur>12 kali ganda susu
# rendah lemak
# tiada kolesterol 
# tiada asid urik
# sangat mudah diserap oleh badan manusia.

Tengok poster di bawah untuk mengetahui manfaat-manfaat yang terdapat dalam 1 canister ESP Shaklee.









 











Ok kalau anda nak order ESP Shaklee jangan segan-segan kontek saya Zaleza Mamat di 0136841620.

Ok see you guys!!