Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday, November 28, 2017

Tips Musim Banjir

Assalamualaikum

Hai korang apa khabar. Semoga dalam keadaan berbahagia hendaknya.

Kat terengganu musim hujan sekarang ni,so tak boleh keluar rumah sangat. Banyak jalan yang dah naik air dan ditutup.

Pesanan kami agar berhati-hati dan kalau boleh kawal anak-anak daripada bermain air banjir sebab kita tak tahu apa yang terkandung dalam air banjir tu.

Risau juga kalau-kalau boleh mengundang penyakit.haa..
Betul tak korang.?

Jadi di sini kami kongsikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan semasa musim banjir ni. Antaranya,

1. Kenalpasti kawasan yang berisiko dilanda banjir di kawasan korang.

2. Semak polisi insurans korang , sama ada ia akan cover kerugian akibat bencana banjir.

3. Selamatkan dokumen penting seperti surat beranak, passsport, geran tanah, polisi insuran, surat cinta dulu-dulu atau lain-lain dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.

4.Sediakan kit persediaan banjir seperti kad pengenalan, bekalan ubat, air minuman, makanan dalam tin, baju hujan, bateri dan bantal busuk kegemaran anak korang (ia membantu dia bertenang).

5.Kenalpasti kawasan selamat jika diarahkan berpindah dari kediaman korang. Maklumat bencana terkini boleh diakses Portal Bencana Majlis Keselamatan Negara.

6.Kurangkan kadar kerosakan harta benda dengan pindahkan ke tempat tinggi di dalam rumah seperti di loteng atau atas almari.

7. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini amaran banjir. Banjir boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam malahan dalam beberapa minit juga tidak mustahil.

8. Apabila amaran banjir dikeluarkan, segera alihkan perabot ke tempat lebih tinggi di rumah korang.

9. Dengar radio tempatan dan tonton siaran televisyen untuk mendapatkan maklumat apabila amaran banjir telah dikeluarkan. Kamera pengawasan real time banjir boleh dilihat di Info Banjir.

10.Elakkan berjalan kaki di kawasan air banjir melimpah. Anda tak akan tahu apa yang ada di bawah air.

Korang mampu mengawalnya.
Sekian dulu ye.

Stay tune 😄

Zaleza Mamat
Pengedar Shaklee Kuala Berang

Saturday, November 25, 2017

Tips Breastfeeding Dengan Gembira

Set Breastfeeding Optimum (HIGHLY RECOMMENDED) adalah produk killer yang sy suka sgt kongsikan kepada semua.
**mengandungi Vita-lea, B-Complex, Vita-C , Alfalfa, OsteMatrix dan ESP
**set penyusuan lengkap dengan semua vitamin, protin yang diperlukan
**sangat disarankan pada yang MEMPUNYAI masalah penyusuan.
**MENGGALAKKAN penghasilan susu
**menghasilkan SUSU BERKUALITI

Fungsi setiap vitamin:-

Vita-Lea– Multivitamin lengkap dengan zat besi. Mengikut kajian setelah bayi berusia 6 bulan, kandungan zat besi dalam susu ibu menurun. Pengambilan Vita-Lea dapat membantu mengekalkan kandungan zat besi yang diperlukan

B-Complex– bertindak sebagai penenang. Ia menghilangkan stress dan menjadikan ibu lebih rilek. Sekaligus melancarkan pengaliran susu

Vita-C – meningkatkan imunisasi ibu. Bayi yang minum susu ibu juga mendapat manfaat imunisasi dan meningkatkan antibodi anak. Luka juga ibu cepat sembuh

Alfalfa – penggalak susu utama. Menjadikan susu lebih creamy kerana kandungan lemaknya dan menjadikan anak cepat kenyang. Ibu juga mudah lawas dan  anak tidak kembung.

OsteMatrix – sumber kalsium magnesium. Mengekalkan paras kalsium dalam darah  dan mengelakkan susu merudum semasa haid. Memberi rasa segar berpanjangan. Bantu kekalkan tenaga berpanjangan .

ESP – protin soya terbaik dalam bentuk serbuk.Melancarkan pengaliran susu. Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Anak juga membesar mengikut kadar tumbesaran yang memberangsangkan.

** Tips: Untuk kesan yang optimum, sila amalkan tips seperti dibawah
– kosongkan payudara setiap 2-3 jam (pam atau menyusu), asas penyusuan yang berkesan adalah supply and demand, lebih kerap payudara dikosongkan , lebih banyak signal dihantar untuk menghasilkan lebih banyak susu.

– minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

– banyakkan berdoa serta jangan mudah berputus asa, semoga dipermudahkan niat kita menyempurnakan hak penyusuan bayi selama 2 tahun.

~ zaleza  -  0136841620  ~