Pengidap sakit saraf selalunya menderita tanpa rawatan kerana sukar untuk didiagnosis.
Antaranya, mereka mengalami kesakitan seperti pedih seperti dicucuk pin dan jarum atau seperti terkena tusukan pada kaki dan tangan.
Kerana itu, pesakit lebih rela belajar menyesuaikan diri untuk hidup dengan menahan kesakitan dalam diam sepanjang hayat.
Masalah sakit saraf yang biasa terjadi di Malaysia:
# Masalah saraf akibat diabetes dikenali sebagai Painful Diabetic Peripheral Neuropathy (pDPN) atau lebih dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes.
pDPN boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Kesan penyakit ini sering menyukarkan pesakit untuk berjalan, tidur, bekerja dan menjejaskan mood dan aktiviti harian mereka.
# Sakit saraf biasa melibatkan saraf yang berada di anggota tubuh seperti tangan dan kaki.
Ia menyebabkan rasa kebas, tiada kekuatan untuk bergerak dan ada kalanya terasa sakit cucuk mencucuk serta pesakit mengalami sukar bernafas, masalah penghadaman dan masalah penglihatan dan pendengaran.Apa yang lebih merisaukan ia boleh menyebabkan rasa kemurungan, tidak bersemangat dan letih pada diri pesakit.
Sistem Saraf Manusia.
Terdapat 2 komponen utama:
1. Sistem saraf pusat - termasuk otak dan saraf tunjang
2. Sistem saraf periferal - saraf yang membawa dari otak dan saraf tunjang kepada semua bahagian badan.
Satu sistem saraf khusus yang banyak membentuk sistem saraf periferal yang bertanggungjawab untuk pelbagai fungsi penting.
Kerana itu, pengidap sakit saraf akan merasai rasa tak sakit yang amat sangat pada sebahagian besar anggota tubuhnya!
Rawatan semulajadi
a- Senaman ringan: Seperti berjalan setempat. Disyorkan lebih daripada 30 minit.
b- Tidur: Tubuh akan merawat kerosakan yang berlaku di siang hari dengan tidur yang baik pada malam hari.
Latih diri untuk mendapatkan tidur berkualiti dengan tidur pada waktu yang sama setiap malam, di atas tempat tidur yang sama, dalam keadaan bilik yang gelap dan cuba bangun pagi dengan bunyi deringan yang perlahan.
* Jangan ambil kafein pada petang hari untuk mengelakkan tidur terlalu lewat di malam hari.
c- Penghadaman: Amalkan pemakanan yang sihat.
d- Supplement: B kompleks, vivix


No comments:
Post a Comment