Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, February 7, 2018

Simpul Biawak ketika mengandung? Nak buat macam mana.


Apa pulak la cite biawak malam2 ni. Bagi yang tidak pernah mendengar tentang masalah ini, pasti ada terfikir juga adakah ianya berkaitan dengan reptilia besar tersebut.

Simpul biawak atau dikenali sebagai kekejangan betis ketika mengandung adalah situasi di mana ibu mengandung akan mengalami kesakitan yang melampau pada bahagian betis dan kaki. Ia biasa berlaku pada waktu malam atau awal pagi. Simpul biawak ini bukan sahaja boleh berlaku kepada ibu mengandung tetapi juga kepada orang dewasa yang lain.

Di antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi kesakitan ialah:-

1) Tekan tapak kaki dan urut perlahan-lahan.
2) Meminta bantuan suami untuk menolak tapak kaki anda dan menarik jari-jari kaki
3) Cuba untuk bergerak. Mula-mula memang sakit, tapi sakit itu akan berkurangan perlahan-lahan apabila kita memaksa diri untuk bergerak.
4) Sapu minyak panas pada kaki dan jari-jari kaki

Antara punca-punca Simpul Biawak adalah seperti berikut:-

1) Pada trimester kedua dan ketiga terutamanya, kandungan yang semakin membesar boleh memberikan tekanan kepada otot dan menyebabkan otot kaki mengalami kekejangan.

2) Bahagian uterus yang mengalami pertambahan saiz boleh memberikan kesan kepada salur darah utama pada kaki ibu dan menyebabkan otot kaki mengalami kekejangan.

3) Kekurangan air dalam badan atau kekurangan elektrolit

4) Kekurangan kalsium dan magnesium di dalam darah kerana ibu mengandung berkongsi mineral ini dengan bayi. Bagi mengatasinya, pengambilan supplemen boleh diamalkan oleh ibu mengadung.

Ostematrik mengandungi KALSIUM,  VITAMIN D dan MAGNESIUM. Apa pentingnya Vitamin D dan magnesium ini kepada Kalsium?Vitamin D diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik. Tanpa Vitamin D, kalsium yang dimakan tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan.Magnesium berfungsi untuk menguatkan tulang. Ia juga membantu melancarkan pembuangan dan mengurangkan masalah sembelit.

Ngeri tau sape yang biasa kena simpul biawak ni. Apa kata kita cegah dulu sebelum terkena.
Zaleza
0136841620



No comments:

Post a Comment