Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday, August 15, 2016

Tips Rawatan Wajah Wanita Jelita

Tip rawatan wajah untuk kulit kombinasi seperti saya.

Kulit kombinasi biasanya berminyak sekitar dahi, hidung dan dagu manakala dibahagian pipi dan mata pula mengalami masalah kering. Bagi anda yang mempunyai kulit kombinasi, pasti sukar membuat keputusan tepat untuk memilih produk mahupun melakukan perawatan wajah.

Jika tersilap langkah, kulit mungkin kering dan mengelupas. Ada kalanya kulit menjadi terlalu berminyak dan wajah ditumbuhi jerawat. Disini saya kongsikan 10 tip untuk mengatasi kulit kombinasi kita.

**********************************************************************************************************

1. PILIH PEMBERSIH WAJAH YANG SESUAI

Gunakan pembersih wajah berasaskan air, tekstur gel, minyak atau busa lembut. Elakkan pembersih wajah berbentuk sabun atau berbuku kerana ia mengandungi detergen yang membuatkan kulit semakin kering. Bagi kesan maksimum, anda digalakkan memilih pembersih yang mengandungi kandungan mineral tanah liat, ia dapat menyerap lebihan minyak pada wajah tanpa membuatkan kulit kering.

2. GUNA PENYEGAR MUKA

Selepas membersihkan wajah, disiplinkan diri mengaplikasikan penyegar. Pilih penyegar yang mengandungi antioksidan, berasaskan air atau gliserin. Ia membuatkan kulit wajah segar dan minyak seimbang. Anda disarankan memilih penyegar khas untuk kulit kombinasi yang tidak mengandungi alkohol.

3. PELEMBAP KHAS

Sapu pelembap secara konsisten, dua kalisehari terutama di bahagian yang kering iaitu sekitar mata, bibir dan pipi. Namun dikawasan zon 'T' yang berminyak, sapukan krim pelembap secara tipis. Pilih pelembap bertekstur gel atau losyen yang mengandungi lebih banyak air untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatkannya berminyak.

4. ALAS BEDAK YANG TEPAT

Buat anda mempunyai kulit kombinasi, pilih alas bedak jenis matte atau pressed powder yang mengandungi tabir suria minimum SPF 15. Ia membantu mengawal lebihan minyak dan mengelakkan kulit menjadi kering.

5. KRIM PERLINDUNGAN CAHAYA MATAHARI

Jika anda tidak menggunakan alas bedak, pakai krim perlindungan cahaya matahari berformula titanium dioxide, zinc oxide atu avobenzone. Kombinasi bahan ini amat sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit jenis kombinasi. Produk yang tepat akan membuatkan kulit anda halus, licin, lembap dan tona menjadi sekata.

6. BEDAK TABUR

Agar penampilan tampak natural, gunakan bedak tabur. Ia mudah meresap dan membuatkan kulit licin sekata. Litupan lebih sempurna dan tidak bercapuk. Namun bagi anda yang menggemari bedak padat, pilih produk yang berasaskan minyak, noncomedogenic dan hypoallegenic.

7. MASKER WAJAH

Masker berasaskan bahan semulajadi seperti timun, tomato dan lidah bauay amat sesuai untuk anda. Pilih masker berbentuk gel atau clay mask untuk kawasan wajah berminyak (dagu, dahi dan hidung) dan masker krim khusus bahagian wajah yang kering (pipi, mata dan bibir).

8. SUPLEMEN/VITAMIN

Walaupun menggunakan produk kecantikan, anda digalakkan mengambil suplemen tambahan. Produk kecantikan kebanyakkannya hanya merawat luaran, suplemen pula merawat dari dalaman. Amalkan suplemen seperti vitamin A,C,E dan Zink. Suplemen membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tubuh dan menyalurkan khasiat tersebut pada seluruh anggota badan termasuk wajah anda.

9. PERAWATAN MALAM

Jangan jadikan letih sebagai alasan mengabaikan penjagaan wajah pada malam hari. Selepas membersihkan wajah, sapukan penyegar diikuti krim malam dan krim mata. Pilih produk krim malam yang mengandungi tretinoin. Ia membantu pertumbuhan sel baru ketika anda tidur. jenis losen atau gel adalah yang terbaik.

10. MINUM AIR SECUKUPNYA

Selepas melengkapkan rejim kecantikan anda, jangan lupa amalkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air yang mencukupi akan membantu wajah tampak segar, berseri dan lembap.

Jom cantik dan berkeyakinan dengan set wajah Enfuselle + vitamin kecantikan keluaran shaklee..
#tsunamishaklee
#sindiketsukses 
#sihatcomeysokmo 
#10wave 
~  zaleza  -  0136841620  ~

No comments:

Post a Comment