Muhammad Asyraf Mukhlis bin Halmi
Semua ibu bapa mahu anak mereka mendapat pendidikan terbaik sejak dari sekolah rendah kan.
Mungkin setiap ibubapa ada pendapat sendiri tentang maksud pendidikan terbaik untuk anak.Tapi saya sebagai ibu berpendapat bahawa pendidikan terbaik mestilah seimbang iaitu dari segi Intelektual, Emosional dan Akhlak Islam.
Bukan bermakna sekolah rendah kebangsaan tiada ke semua elemen di atas cuma hati saya telah terbuka untuk menghantar anak ke sini. Mungkin elemen pendidikan Al-Quran yang lebih di tekankan menyebabkan hati saya tergerak untuk menghantar Asyraf ke sini.
Ditambah pula dengan penekanan tentang solat Zohor dan Asar secara berjemaah disamping solat Dhuha, yang diwajibkan untuk murid setiap hari. Pembelajaran silibus akademik mengikut kementerian pendidikan, pembelajaran bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin.
Dengan pakej pendidikan begini bagi saya memang sangat sesuai dengan keinginan saya untuk melihat Asyraf maju dari segi Intelektual, Emosional dan Akhlak Islam.
Tambahan pula masa persekolahan masa bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 5 petang.Bermakna Asyraf tak perlu ke pusat transit memandangkan ibu bekerja di Kuala Terengganu dan keluar pejabat seawal pukul 4.00 petang.
Sedang elok ibu sampai Kuala Berang boleh ambil Asyraf kat sekolah.
Persediaan hari persekolahan
Asyraf Breakfast Nasi Goreng dan minum ESP Shaklee
Sehari sebelum sekolah Ibu dan Abi dah lengkapkan semua keperluan persekolahan Asyraf bermula dengan pendaftaran sekolah, beli buku teks, buku latihan, pakaian sekolah, beg sekolah pakaian sukan, lencana, balut buku teks, dan tulis nama di pakaian Asyraf dan semua kelengkapan termasuk pensil color.
Malam sebelum sekolah bermula, ibu lah orang yang paling sibuk menguruskan persediaan anak sulong ibu untuk ke sekolah. Ibu pun dah pesan kat Asyraf untuk tidur awal sebab esok nak bangun pagi-pagi, solat subuh, breakfast dulu kat rumah kemudian baru ke sekolah.
Alhamdulillah pagi-pagi lagi Ibu dan Abi dah bangun seawal pukul 4.00 pagi. Ibu sibuk buat persediaan terakhir untuk sediakan keperluan Asyraf termasuk breakfast.
Sebenarnya boleh kata dah sediakan semuanya malam tadi tapi mungkin sebab excited anak sulong nak masuk darjah satu kan, tu yang bangun awal tu. hehe.
Lepas dikejutkan dari tidur alhamdulillah Asyraf mudah je bangun tak macam hari-hari lain.Mungkin sebab dia pun excited juga.hehe.
Lepas selesai breakfast, kami pun start enjin kereta dan bergerak ke sekolah seawal jam 7.30 pagi.
Alhamdulillah cuaca pagi tu hujan renyai-renyai.
Kereta ibu bapa lain pun mula sampai untuk hantar anak masing-masing. Ada yang darjah 1,2 atau 3. Ada yang seorang anak dan ada juga yang dua orang anak bersekolah di sini.
Kereta Ibu Bapa
Kalau di sekolah kebangsaan perhimpunan pagi dinyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri.
Tapi di sini ada kelainan sedikit iaitu di bacakan 99 nama Allah (asma'ul husna) dan doa Dhuha.
Bacaan Asma'ul Husna dan Doa Dhuha
Asyraf jumpa kawan baru
Berkenalan dengan kawan baru la tu.
Balik Sekolah
Petang masa balik sekolah Abi tanya, ''Asyraf seronok tak sekolah kat sini?''. Asyraf kata ''seroonook'' dengan nada budak-budak. ''Abg solat Dhuha, Solat Zohor, Solat Asar''. ''Alhamdulillah.. syukur tak?'' Abi tanya. ''Syukur'', dia jawab.
Keluarga Asyraf

No comments:
Post a Comment